Wednesday 30 December 2015

~ Tips Buat Yang Bakal Berpantang ~

Assalamualaikum & salam sejahtera readers... =)

Ok hari ni nak share sikit lah buat bakal2 ibu,.. terutama yang first time yang nak timang anak tu. Ha, nervous tak? Nervous tapi excited kan? Hehe.. =D

Nak tulis ringkas2 je, bagi senang faham, santai2 je kita hari ni.. Lagipun kalau tulis panjang2 kang, jadi complicated pulak ye dak?

Tips untuk yang bakal berpantang ni, Dhila bagi berdasarkan pengalaman je k? Nak copy paste kang nampak ayat same je, nanti boring pulak ye? Hehe.. 

Tips ketika berpantang :

1) Rehat SEPENUHNYA ya, jangan mengada2 nak banyak bergerak. Jangan banyak berdiri. Jangan nak turun naik tangga la. Angkat itu ini la. Nak sebut spesifiknya banyak betul, tapi itulah yang terbaik. JANGAN JANGAN JANGAN BERGERAK BANYAK SEPANJANG TEMPOH BERPANTANG.

2) Hanya makan juadah berpantang. Yang sejuk2, yang kira2 x elok untuk urat & sendi, elakkan. Minuman berais, jangan.. Minuman yang ada angin2 ni pun jangan ya. Boleh rujuk kat mana2 apa yang boleh dimakan. Tetapi jangan pulak x makan sampai x cukup zat ya!

3) Bagi saya ada dua peringkat berpantang. Untuk amalan pemakanan hari2 tu, 44 hari paling biasa la ya. Lepas tu dah makan dah ha apa yang boleh makan, tapi yang sangat berbisa contoh macam ais, eloklah jangan minum dulu. Peringkat kedua ialah selepas 100 hari melahirkan. Yang ini biasa dengan gerakan2 kasar la yek.. err dengan suami pun kalau bleh selepas 100 hari. Atau biar betul2 rasa sihat, baru la ON.

Walaupun anak sorang, tapi saya dah dua kali berpantang. Yang first keguguran. Walapun masa tu keguguran baby baru je 3 bulan camtu, saya pantang betul2. Memang pada zahirnya kita rasa, alah xpelah bukan sakit sangat pun. Tapi kita tak tahu kan sebesar mana luka kat dalam. Sebab saya dulu terpaksa dirawat, cuci cara manual, korek2 dalam sedar.. Tapi tak habis dicuci, terpaksa pula disorong ke bilik operation untuk proses D & C. Apapun pesan saya, walau kita tak rasa sakit pun selepas bersalin/ D7C, berpantanglah betul2. sebab mahkota kita nak pakai lama babe.. Jaga betul2, inshaAllah kita sihat & kebahagiaan rumah tangga kita pun terjamin. Amin.

Okey ini je lah nukilan pendek je. Yang paling penting je ni dicoretkan. Paling minimum yang kita boleh buat. 

Seperti biasa, untuk yang tengah berpantang tu. bolehlah order manjakani asli ya.

Ada dalam bentuk kapsul, serbuk & buah manjakani pun ada. Jangan ragu2 dengan manjakani dari Pure Ground Manjaqani tau! Sebab produk ni memang dari manjakani asli 100% tanpa bahan campuran, dari Syria, dan Gred A!

Whatsapp Dhila 0109227890. Kita sembang2.. =)

Sunday 6 December 2015

~ Rawatan Buasir dengan Manjakani ~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan nikmat & kurniaanNya masih lagi bernafas di bumi Allah ni.. =)

Entry hari ni Dhila nk buat sedikit sharing tentang rawatan buasir dengan manjakani. Alhamdulillah banyak feedback positif dari pengguna Pure Ground Manjaqani (PGM). Ok petang ni Dhila share penggunaan PGM k? Ok, kalau tgk gmbar kat bawah ni nanti ada beberapa option Dhila bagi untuk order manjakani ni..

Tujuan Dhila suggest kapsul, adalah untuk kecutkan buasir dari dalam. Untuk serbuk, boleh campurkan dengan sedikit air & sapu pada buasir. Tetapi ni hanya untuk yang xpregnant/lelaki je tau. Kalau untuk pregnant mommies, please jgn ambil kapsul ye, untuk sapuan sahaja sudah memadai. Tapi kalau nk dapatkan khasiat manjakani, boleh guna Qaseh Gold Adinda sebab portion manjakani di dalam Qaseh ni sikit je, Qaseh kaya dengan madu & kurma, manjakani hanya ramuan tambahan, so inshaAllah tidak memudaratkan, malah boleh bagi cukup zat untuk mommies & baby. Lagi bagus. Hb maintain cantik, tenaga cukup, alahan kurang & inshaAllah boleh jadi selusuh untuk bersalin nanti. Sampai berpantang pun boleh makan Qaseh. Ingat, apa yang kita makan, kita akan salur kat baby. Bayangkan kita salurkan ramuan makanan sunnah yang memang disebut di dalam Al-Quran. InshaAllah, anak akan sihat, suka pada bacaan Al-quran & moge jadi anak yang soleh. Semangat tul kalau cakap bab anak ni. Pelaburan akhirat kan..Mesti nak kena tip top. =)

Ok sambung2. Untuk amalan berapa banyak nak makan kapsul ni, Dhila sarankan untuk whatsapp Dhila dulu. Sebab Dhila nk tau macamane keadaan anda. Sebab xmau nanti terlampau banyak dos ke, akan memudaratkan, kalau kurang sangat, lambat sembuh. So boleh contact Dhila kat no 010-9227890  =)




Ok kat bawah ni Dhila attach cara penggunaan serbuk manjakani. Untuk yang ada buasir tu boleh refer campur air suam atau terus letak je serbuk dekat buasir.




Pakej yang anda boleh pilih macam kat bawah ni ;



Pakej 1 :
Kapsul PGM (60 biji) : RM40
Serbuk PGM (35g)    : RM40

Pakej 2 :

Kapsul PGM (60 biji) : RM40
Serbuk PGM (10g)    : RM15

Pakej 3 :
Kapsul PGM (60 biji) : RM40
Buah Manjakani (100g) : RM15

*Harga tak termasuk kos pos.

Semenanjung (RM7), setiap RM0.60 akan didermakan kepada persatuan anak yatim/yang memerlukan
Sabah & Sarawak (RM11), setiap RM0.40 akan didermakan kepada persatuan anak yatim/yang memerlukan.



Sekian sahaja entry hari ni.. =) Sesiapa yang nak bolehla contact Dhila kat 010-9227890 ya! Thank you readers. 

Wednesday 2 December 2015

~ Ikhtiar untuk Mendapatkan Zuriat ~

Assalam..

Ok, petang ni Dhila nk sharing sikit pasal produk Qaseh Gold Adinda & Kekanda untuk membantu menyembuhkan penyakit & untuk pasangan mendapatkan zuriat. Dhila start consume guna Qaseh ni masa ada penyakit hyperthyroid dulu. Masa tu sedih sangat2 sebab keguguran anak pertama. Dan bertambah sedih bila consult dengan doktor, penyakit ni adalah salah satu punca keguguran.

Ok nak dijadikan cerita, Dhila ada terbagitahu kawan lama pasal penyakit ni & kisah keguguran, tetiba dia suggest makan Qaseh. Dhila ni jenis takut nk amik supplement yang bercampur dengan bahan kimia, so xpernah google langsung pasal supplement. Kire awareness untuk mencegah tu memang xade langsung la ni. Konon2 confident sihat sebab selalu bersukan. Padahal penyakit boleh datang bila2 masa. So jangan jadi macam saya ya! Anyway, bila kawan suggest tu, Dhila start Google, cari maklumat pasal Qaseh, baca byk pasal Qaseh, jus dari ramuan makanan sunnah. Dan jangan xcaya Dhila google satu persatu bahan dalam Qaseh, dan memang disebut di dalam Al-Quran tentang keajaiban khasiat setiap makanan Sunnah yang diadun dalam Qaseh. Terus Dhila nekad. Masa kita sihat, kita x prepare langsung budget untuk kesihatan, betul x? Tapi percayalah, bila anda sakit, anda akan guna pelbagai cara, cari pelbagai sumber untuk dapatkan rawatan. Jadi kenapa bertangguh?

So selepas je Dhila keguguran, Dhila amik keputusan untuk amalkan Qaseh. Tujuan utama adalah untuk sembuhkan penyakit dahulu. Dhila tak mau kejadian sedih sama berulang & tak mau penyakit turun kat baby. Bagi yang tak tau lagi, baby kita mudah sangat terkena penyakit kita. Kalau macam kes Dhila ni, bila Dhila ada hyperthyroid, baby ada potensi untuk ada hypothyroid, iaitu penyakit ni akan menyebabkan baby jadi 'slow'. Faham kan 'slow' tu camane.. huhu.. So, tanak2 effect kat baby. Nekad nk sihat dulu, baru conceive balik. Untuk Dhila, Dhila amalkan Qaseh Gold Adinda..

Untuk cik abang pulak, dia ada masalah resdung. So amalkan Qaseh Gold Kekanda untuk resdung ni. Bila makan selalu alhamdulillah, dah makin kurang resdungnya. Pagi2 selalu bersin, lame sangat. Kadang2 bila dah selsema tu, sampai seminggu. Tapi dengan ikhtiar makan selalu & jangan lupa doa tau, makin sihat, selsema pun dah jarang. 

Apa masalah yang biasa ya untuk lelaki ni? Masalah paling2 biasa yang Dhila dapat ialah dari segi tenaga. Biasala dah penat kerja, nak2 keadaan sekarang ni perlukan suami untuk kerja lebih masa. Keadaan ekonomi sekarang makin runcing betul tak? So tenaga tu kureng sikit. Bukan kata lelaki je, perempuan sekarang pun sama, betul x? Bile masing2 dah penat, kurengla ehem ehem nye tu kan? So, apa yang boleh Dhila suggest kat sini ialah, untuk suami kita bagi makan Qaseh Kekanda. InshaAllah memang energy booster. 

Lepas tu ada jugak yang tanya pasal ada suami/isteri yang kureng keinginan untuk bersama. InshaAllah kalau anda berdua KONSISTEN makan Qaseh, makin intim tau. X caye ce gi honeymoon lepas mkn Qaseh.. ..uhukk.. sebab da praktik da ni..huhu..mase tu lepas 3 bulan lebih dah keguguran, usahe lebih sikit la kan nk anak.. =D Alhamdulillah lepas tu da pregnant balik & penyakit hyperthyroid tu makin pulih. Alhamdulillah.

Dalam sebotol Qaseh, bahan paling utama ialah kurma & madu. Dalam dua bahan ni. dah banyak sangat khasiat. Kurma tu sendiri ialah agen yang sangat berkesan untuk kesuburan. Bagi lelaki, ia berkhasiat untuk menghasilkan sperma yang berkualiti & untuk perempuan , ia baik untuk rahim tau. Penyumbang tenaga tu memang confirm la betul x?


Istimewanya Qaseh ni ialah untuk Qaseh Adinda, ramuan tambahannya ialah manjakani, pegaga dan passiflora. Qaseh Kekanda ada Guarana, Ashwaganda dan Tribulus. Tgk ramuan tambahan untuk Kekanda kat bawah ni.. Hebat kan? Memang power tau. Rugi x cuba. Ada sorang abg ni guna, katanya memang byk tenaga dapat dari Qaseh ni..plus, lagi sayang dekat wife dia... perut pun ringan dia cakap... 




IMG_20150301_234917


Kat bawah ni pulak rumusan untuk khasiat kedua-dua Qaseh Adinda & Qaseh Kekanda. 




















Jomlah , ikhtiar cara sunnah, InshaAllah.. Kalau istiqamah anda berdua amalkan, dengan doa & pengharapan padaNya, akan dimakbulkan permintaan kalian. InshaAllah. Amin.

Whatsapp Dhila 0109227890 ya!

~ Minuman Herba Selepas Haid ~

Assalamualaikum readers.. =)

Hari ni Dhila nk sharing sikit minuman selepas haid. Maklumat ni Dhila dapat dari FB, namanya x silap sis @dian. Katanya boleh share kalau suka.. =) Of course la suka natural remedies ni.. Katanya ramai yg tanya resepinya, so jom kita tgk bahan2nya.

BAHAN-BAHAN :

Halia ( anggaran besar ibu jari )
Kunyit (anggaran besar ibu jari )
Serai ( dua batang )
Daun pandan ( dua helai )
Gula batu/ madu ( ikut tekak )
air 3 cawan

tambahan jika perlu ;

Sireh dua helai (jika anda mengalami masalah keputihan)
Manjakani 1 biji ( untuk merapatkan Miss V )

CARA - CARA :

1. Basuh & rebus semua bahan ; Rebuskan dengan 3 cawan air hingga jadi 1 cawan air ( tak perlu dipotong 
    / dihiris, kalau nak hiris pun terpulang )

2. Selepas air dah kering menjadi 1 cawan, tutup api, minum ketika suam. 

KELEBIHAN MINUMAN :

* Membersihkan rahim selepas period
* Mengeluarkan angin
* Anti kanser
* Memecahkan lemak
* Mengurangkan masalah bau badan
* Kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum

Boleh diminum oleh anak dara, mak dara & ibu menyusu ( ikut kesesuaian bayi )
Tidak sesuai untuk ibu mengandung

----------
----------

Dari segi rasa : tak rasa apa2, malah air ni wangi ( sebab sesuai untuk bau badan ) ada gula batu dijamin tak pahit , tapi halia jangan lebih2, nanti rasa pedas

TAPI...

Kalau tambah manjakani, confirmla pahit. ;)

Boleh amalkan jugak if period tak teratur. Kata sis ni, selama 3 bulan amalkan air ni, badan rasa ringan, sendawa besar bau badan berkurang & rasa sihat. 

So, jomlah cuba ^^,





Nak dapatkan manjakani asli? Whatsapp 0109227890 ya!

Kapsul (60 biji) : RM 40
Serbuk 35g   :  RM 40
Serbuk 10g   :  RM 15
Buah (100g) ; RM 15

*Harga tak termasuk pos. Pos Semenanjung (RM 7) Pos Sabah&Sarawak (RM11). Setiap RM 0.60 dari kos pos akan didermakan kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA) Terengganu / yang memerlukan. 

Monday 30 November 2015

~ Homemade Manjakani ~


Ha..apakah yg kutumbuk ni?heee.. Ni lah manjakani. Buahnya ditumbuk2.. Sepatutnya nk blender kering.. Tp xde pulak blendernye.. So buat alternatif lain, jadikan dalam bentuk air untuk buat masker. =) Dah kate natural product, of course x takut nak campur dgn natural product yg lain.. =)

Katakan anda nk try gunakan buah manjakani ni untuk hasilkan dalam bentuk ma'jun ke, kapsul ke, air rebusan ke, boleh rujuk kat sini;

http://dyllamedesign.blogspot.my/2015/11/cara-penggunaan-buah-manjakani.html

So, ape yg Dhila buat, tumbuk kan manjakani ni... Dan letak dlm botol kecik, air + manjakani ni agak pekat sbb nk full concentrate punye hasil kan..Apapun terpulang pada anda la ye.. Malam tu jgk, Dhila guna air ni untuk buat masker. Dhila try campur dengan Virgin Coconut Oil, since Dhila punye banyak sgt lagi lebih kan masa pregnant hari tu, so xmau bazir2, cuba je buat.. Pepandai buat resepi sendiri, yang penting semua bahan WAJIB SEMULAJADI.. ha jangan cakap Dhila xbagitau pulak ye.. Takut nanti campur2 dengan bahan yang ada campuran lain, lain pulak hasilnya. Eksperimen pun pastikan bahannya betul & selamat. Ok, kenape ye, Dhila pilih nak campur dengan Virgin Coconut Oil? Ha ni antara khasiat nya. Dhila specialize untuk kulit la ye... since Dhila buat ni untuk kulit muka.

Khasiat Virgin Coconut Oil/Minyak Kelapa Dara :

1) Minyak kelapa dara sesuai untuk mengubati penyakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik., ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, dan lain2.

2) Minyak kelapa dara, jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis2 halus.

3)Minyak kelapa dara melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit anda. Di samping tu, ia juga membantu kulit untuk menjadi lebih anjal.

4) Jika disapu secara nipis di kawasan mata pada waktu malam, minyak kelapa dara boleh mengurangkan bengkak bawah mata serta garis2 halus/ penuaan.

Ok dah tau khasiatnya Dhila pun buat campuran dengan air manjakani tu. Tempek2 kat muka. Name pn minyak mmg bau minyak la muke.. kikiki... Biarkn jadi masker yg nipis...Dah kering, basuh... Rasa ringan, bersih & ditarik2 tau muka.. (walaupun berbau minyak) haha..Jangan lupe pulak lepas cuci tu pakai bedak tebal sikit, nanti penat pulak nk menjawab dengan encik suami kenapa lain macam bau malam ni.. =p

Sesiapa yang nk try hasilkan pencuci miss V dari manjakani, sangat2la disaran.. sebab, rasa nyaman sgt bila guna manjakani ni.

Ok, untuk dapatkan buah manjakani, serbuk manjakani & kapsul manjakani jangan lupa ya whatsapp je Dhila 0109227890/0109227899 =)

*Al-Fatihah untuk arwah Pak Yus (Jambu) yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..

Thursday 19 November 2015

~ Cara Penggunaan Buah Manjakani ~

Sempena sambutan hangat untuk order buah manjakani, kat sini Dhila sharing sikit apa yang para isteri buat dengan buah manjakani. Ada yang buat air rebusan, ada yang jadikan macam ma'jun, ada jugak yang asah buahnya untuk dapatkan serbuk, dan macam2 lagi caranya. Macamane ye cara penyediaan buah manjakani ni? Teruskan bacaan ya!

1) Air Rebusan Manjakani

Rebus 3 biji manjakani bersama 3 gelas air menjadi 1 gelas.. Untuk hilangkan rasa kelat, minum segelas bersama air milo, air soya & sebagainya.. =)


2) Homemade Manjakani Capsules


Tumbuk kasar , blend dlm blender kering..masukkan dlm kapsul, telan 2 biji pagi dan 2 biji malam.


3) Ma'jun Manjakani


Cara 1 :

Makan sehari dua kali. Tumbuk manjakani, blender halus dan gentel kecik2 bersama madu. Kalau tak dicampur madu, nanti berderai pulak manjakani tu. =)
ATAU
Cara 2 :


Rebus biji manjakani hingga lembut kemudian tumbuk lumat dan gentel kecil2. 


Makan 3 biji pg dan mlm. mase nk makan rendam dlm air panas sekejap utk melembutkan semula kalau x , mungkin keras sgt..

Yang ni kalau dah ada serbuk manjakani lagi senang, kan? Gentel je dengan madu =) 


4) Cucian Miss V

Campurkan rebusan manjakani dengan sirih untuk cucian Miss V. Selain membantu untuk melegakan kegatalan di bahagian sulit , ia juga mampu mengetatkan Miss V 




5) Bertangas


Rebus manjakani dan masukkan dalam baldi selepas mendidih. Duduk di atas bangku (baldi diletakkan di bawah bangku) dan ambil kain batik, selubungkan badan sampai kaki. Jangan bagi wap keluar ya. 

Petua ni boleh diamalkan bagi yang menghidap buasir luar dan keputihan jugak. Bagi yang lepas bersalin tu. Fuh.. mesti bes buat bertangas ni ha.. Cubalah. ^^
(Tak pernah buat lagi, nanti la kalau ada rezeki lagi satu..uhuk2.. =p)

Nak tahu lebih detail cara bertangas? Klik kat sini : 


6) Asahan kulit manjakani

Kulit manjakani jangan dibuang... ade keperluannya. mak saya suka letak atas jerawat, bisul dan bekas 'scar'. caranya gosok kulit tu kat punggung lesung/pasu dengan sedikit air, pastu sapu kat atas jerawat/bisul/scar tadi. akan hilang tanpa perlu guna barang2 krim mahal. cubalah ;)

Ha, kat bawah ni adalah sedikit petikan testimoni dari para isteri yang super rajin sangat jaga kesihatan dalaman menggunakan manjakani.. 



TESTIMONI :


"Anda akan merasa kehangatan bersama suami sehingga sekarang dan saya telah mengalami menopaus 7 bulan yang lalu tapi masih ada ummph... Itu lah keajaiban amalan meminum air rebusan biji manjakani.. selamat mencuba.."

"Habis je pantang, Aduuuushhh, mengalahkan malam pertama saya..."


"Jimat kos x yah beli jamu mahal2...mudah dan murah..brkhasiat dan mantap.."


"Sy dah try cuci alat sulit dgn manjakani + sirih...asalnya sy guna utk melegakan gatal2 di bahagian sulit (pasal malu nak jmpa doktor), sy surf internet utk cari info bg alat sulit yg gatal. Kesan sampingan akibat mencuci dgn air rebusan manjakani + sirih => 3 hari, gatal2 hilang, malah alat sulit bertambah ketat...suami pun hairan + suka...skrg ni nak try minum air rebusan manjakani utk kesihatan dalaman pula"


Ha, best kan? Jom amal sama2.




Nak dapatkan buah manjakani, kapsul atau serbuk  manjakani? 

Whatsapp Dhila 0109227890 ye .. =)


*Dapatkan Lypotox, minuman untuk menurunkan berat badan & kulit yang cantik! Like page fb Lypotox Kurus Gebu. Boleh juga whatsapp Dhila tau untuk dapatkan Lypotox. Ready stock! =)





~ Bertangas ~

Sejak 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika Selatan yang lebih dikenali dengan cara ‘bajos’ dan juga di Korea dipanggil ‘chai yok’. Walaupun sebutan atau gelarannya berbeza namun teknik dan caranya adalah hampir sama iaitu dengan menggunakan gabungan beberapa jenis herba.
Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsinya yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa. Bertangas yang pada kebiasaannya dilakukan selepas bersalin dan haid itu tidak terhad untuk kaum wanita sahaja. Malah, kaum lelaki boleh mencuba rawatan itu untuk proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.
Jika dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.

KHASIAT

Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.

Wanita mengandung adalah ditegah dari melakukan rawatan ini.

Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit. Mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim. Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.

Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang. Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).

Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.

TEMPOH RAWATAN

Tempoh maksimum rawatan bertangas ialah selama 30 minit dan tidak boleh melebihi tempoh tersebut bagi mengelakkan tubuh mengalami masalah kekeringan air.
Namun, sebelum mencubanya, faktor kesihatan perlu diambil kira terutama untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah jantung manakala yang baru mencubanya, masa selama 15 minit sudah mencukupi.
Selepas bertangas, sebaiknya minum segelas air masak untuk menggantikan air yang telah keluar dari badan melului peluh. Dan seeloknya hanya mandi selepas tempoh 15 minit selesai bertangas.

JENIS BERTANGAS

Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Dua kaedah yang biasa diamalkan ialah bertangas kering dan basah. Tangah boleh dilakukan kepada seluruh bahagian tubuh ataupun hanya tertumpu pada bahagian sulit.

1) Bertangas Basah

Bertangas basah menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Wap yang dihasilkan air rebusan inilah yang digunakan untuk bertangas. Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.etika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau 

Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit. Rawatan  juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. KKegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.


Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.
Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.

Ramuan tangas basah:

• 10 keping asam gelugur
• 3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
• 3 helai daun sirih
• 2 sudu besar garam kasar
• Segenggam inai
• 2 cm halia
• Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
• Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba

Caranya :

Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15-30 minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.


2) Bertangas Kering

Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ia menggunakan batu sungai yang dipanaskan. Ramuan tertentu ditumbuk halus dan kemudiannya diletakkan di atas batu sungai yang panas tadi. Wap yang terhasil dari keduanya ini digunakan untuk bertangas. Pengamal kemudiannya duduk diatas kerusi tangas sehingga panas dan wapnya berkurangan.

Ramuan tangas kering:

Tumbuk halus bahan-bahan ini
• 1 sudu besar serbuk manjakani
• 1 sudu besar inai
• 1 sudu besar kunyit hidup
• 1 sudu besar jintan hitam
• 1 sudu besar halba
• 1 sudu besar garam kasar
• ½ cawan perahan limau nipis
• 9 keping asam gelugur

Caranya :

Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sireh dalam periuk/mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan.



*Sumber : manjaqani.blogspot.my

Nak dapatkan buah, serbuk atau kapsul manjakani? PM/Whatsapp 010-9227890 =)

Tuesday 17 November 2015

~ Buasir ~

Assalamualaikum..
Ok, entry hari ni tentang satu penyakit yang sangat ditakuti especially bagi yang hamil. Fuu.. Takut kan? Nak sakit melahirkan lagi, nak tanggung sakit buasir lagi.. Dugaan Allah ..Bila diri sendiri tak kene buasir ni, memang rasa mcm penyakit ni biase, Serius.. Tapi bila kwn2 terdekat mengadu, sakitnya nk duduk, sakitnye dukung anak, dan ade sorang kawan tu, proses bersalin die sgt susah sbb ade bausir..terus terbayang...huii tanakla kene..huhu..Ramai jugak yang whatsapp tanya macamane nk consume manjakani Pure Ground Manjaqani ni untuk membantu masalah buasir. Sebab tu la saya buat sharing sikit ye pasal buasir ni. Moga bermanfaat, =)

BAGAIMANA BUASIR TERJADI?

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.


Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.



Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.


Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.


PUNCA BUASIR
  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
  • Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Bila dah kenal apa itu buasir, rupa2nya buasir ni ada tahap2 nya. Seeloknya kita ubati dari awal la ye, sbb bile dah teruk, susah untuk kite ubati.Di bawah ni ilustrasi tahap buasir;
TAHAP 1 – Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
TAHAP 2 – Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dubur.
TAHAP 3 – Sama seperti tahap 2, tetapi, bengkak tersebut tidak dapat masuk secara sendiri. Dengan kata lain, terpaksa tolak ke dalam dengan menggunakan tangan sendiri.
TAHAP 4 – Bengkak akan berada di luar dubur, darah pekat keluar, terasa sakit atau pedih. Perlu mendapat rawatan buasir segera.

CARA MENGATASI DAN RAWATAN BUASIR

1. Kerap buang air besar

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras
serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.


2. Minum banyak air

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayursayuran dan buah-buahan.

Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.


3. Cuci dengan kerap

Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
RAWATAN BUASIR DENGAN MENGGUNAKAN MANJAKANI ASLI

Ok dekat sini Dhila boleh share satu rawatan alternatif yang boleh digunakan oleh mereka yang terkena buasir. Of course lah dengan menggunakan manjakani asli ^^.

Untuk kecutkan buasir dari dalam, boleh makan kapsul manjakani dan sapu buasir tu dengan serbuk manjakani. InshaAllah boleh kecut dengan cepat. Yang penting istiqamah & minum air yang banyak. 

*Kapsul 60 biji  : RM40
 Serbuk 10g      : RM15
 Serbuk 35g      : RM40
 Buah manjakani 100g : RM15

Selain daripada sapuan manjakani, anda juga boleh lakukan kaedah bertangas, khas untuk kecutkan buasir. Macamane nak bertangas? Klik kat sini ; http://dyllamedesign.blogspot.my/2015/11/bertangas.html


Yang pregnant, x boleh makan tau manjakani, boleh sapu serbuk manjakani sahaja. Tetapi untuk yang pregnant tapi buasir, & nak dapatkan khasiat manjakani, boleh lah consume Qaseh Gold Adinda. Memang sesuai sangat untuk ibu yang pregnant & baby yang dikandung. Nanti Dhila story pasal Qaseh Gold Adinda ok? Atau yang nak tau lebih lanjut boleh terus whatsapp Dhila. 0109227890

Dhila duk di Kemaman Terengganu. Postage ke seluruh Malaysia. 


Untuk Semenanjung (RM7) , Sabah & Sarawak (RM11). Berita baiknya, RM 0.60 dari kos pos Dhila akan salurkan kepada PERKAYA (Persatuan Kebajikan Anak Yatim) Terengganu atau kepada yang memerlukan. 
Semoga dengan sedekah kita akan memberi kemudahan kepada orang lain. =)

Nak order boleh whatsapp Dhila ok? 0109227890