Monday 30 November 2015

~ Homemade Manjakani ~


Ha..apakah yg kutumbuk ni?heee.. Ni lah manjakani. Buahnya ditumbuk2.. Sepatutnya nk blender kering.. Tp xde pulak blendernye.. So buat alternatif lain, jadikan dalam bentuk air untuk buat masker. =) Dah kate natural product, of course x takut nak campur dgn natural product yg lain.. =)

Katakan anda nk try gunakan buah manjakani ni untuk hasilkan dalam bentuk ma'jun ke, kapsul ke, air rebusan ke, boleh rujuk kat sini;

http://dyllamedesign.blogspot.my/2015/11/cara-penggunaan-buah-manjakani.html

So, ape yg Dhila buat, tumbuk kan manjakani ni... Dan letak dlm botol kecik, air + manjakani ni agak pekat sbb nk full concentrate punye hasil kan..Apapun terpulang pada anda la ye.. Malam tu jgk, Dhila guna air ni untuk buat masker. Dhila try campur dengan Virgin Coconut Oil, since Dhila punye banyak sgt lagi lebih kan masa pregnant hari tu, so xmau bazir2, cuba je buat.. Pepandai buat resepi sendiri, yang penting semua bahan WAJIB SEMULAJADI.. ha jangan cakap Dhila xbagitau pulak ye.. Takut nanti campur2 dengan bahan yang ada campuran lain, lain pulak hasilnya. Eksperimen pun pastikan bahannya betul & selamat. Ok, kenape ye, Dhila pilih nak campur dengan Virgin Coconut Oil? Ha ni antara khasiat nya. Dhila specialize untuk kulit la ye... since Dhila buat ni untuk kulit muka.

Khasiat Virgin Coconut Oil/Minyak Kelapa Dara :

1) Minyak kelapa dara sesuai untuk mengubati penyakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik., ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, dan lain2.

2) Minyak kelapa dara, jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis2 halus.

3)Minyak kelapa dara melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit anda. Di samping tu, ia juga membantu kulit untuk menjadi lebih anjal.

4) Jika disapu secara nipis di kawasan mata pada waktu malam, minyak kelapa dara boleh mengurangkan bengkak bawah mata serta garis2 halus/ penuaan.

Ok dah tau khasiatnya Dhila pun buat campuran dengan air manjakani tu. Tempek2 kat muka. Name pn minyak mmg bau minyak la muke.. kikiki... Biarkn jadi masker yg nipis...Dah kering, basuh... Rasa ringan, bersih & ditarik2 tau muka.. (walaupun berbau minyak) haha..Jangan lupe pulak lepas cuci tu pakai bedak tebal sikit, nanti penat pulak nk menjawab dengan encik suami kenapa lain macam bau malam ni.. =p

Sesiapa yang nk try hasilkan pencuci miss V dari manjakani, sangat2la disaran.. sebab, rasa nyaman sgt bila guna manjakani ni.

Ok, untuk dapatkan buah manjakani, serbuk manjakani & kapsul manjakani jangan lupa ya whatsapp je Dhila 0109227890/0109227899 =)

*Al-Fatihah untuk arwah Pak Yus (Jambu) yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..

Thursday 19 November 2015

~ Cara Penggunaan Buah Manjakani ~

Sempena sambutan hangat untuk order buah manjakani, kat sini Dhila sharing sikit apa yang para isteri buat dengan buah manjakani. Ada yang buat air rebusan, ada yang jadikan macam ma'jun, ada jugak yang asah buahnya untuk dapatkan serbuk, dan macam2 lagi caranya. Macamane ye cara penyediaan buah manjakani ni? Teruskan bacaan ya!

1) Air Rebusan Manjakani

Rebus 3 biji manjakani bersama 3 gelas air menjadi 1 gelas.. Untuk hilangkan rasa kelat, minum segelas bersama air milo, air soya & sebagainya.. =)


2) Homemade Manjakani Capsules


Tumbuk kasar , blend dlm blender kering..masukkan dlm kapsul, telan 2 biji pagi dan 2 biji malam.


3) Ma'jun Manjakani


Cara 1 :

Makan sehari dua kali. Tumbuk manjakani, blender halus dan gentel kecik2 bersama madu. Kalau tak dicampur madu, nanti berderai pulak manjakani tu. =)
ATAU
Cara 2 :


Rebus biji manjakani hingga lembut kemudian tumbuk lumat dan gentel kecil2. 


Makan 3 biji pg dan mlm. mase nk makan rendam dlm air panas sekejap utk melembutkan semula kalau x , mungkin keras sgt..

Yang ni kalau dah ada serbuk manjakani lagi senang, kan? Gentel je dengan madu =) 


4) Cucian Miss V

Campurkan rebusan manjakani dengan sirih untuk cucian Miss V. Selain membantu untuk melegakan kegatalan di bahagian sulit , ia juga mampu mengetatkan Miss V 




5) Bertangas


Rebus manjakani dan masukkan dalam baldi selepas mendidih. Duduk di atas bangku (baldi diletakkan di bawah bangku) dan ambil kain batik, selubungkan badan sampai kaki. Jangan bagi wap keluar ya. 

Petua ni boleh diamalkan bagi yang menghidap buasir luar dan keputihan jugak. Bagi yang lepas bersalin tu. Fuh.. mesti bes buat bertangas ni ha.. Cubalah. ^^
(Tak pernah buat lagi, nanti la kalau ada rezeki lagi satu..uhuk2.. =p)

Nak tahu lebih detail cara bertangas? Klik kat sini : 


6) Asahan kulit manjakani

Kulit manjakani jangan dibuang... ade keperluannya. mak saya suka letak atas jerawat, bisul dan bekas 'scar'. caranya gosok kulit tu kat punggung lesung/pasu dengan sedikit air, pastu sapu kat atas jerawat/bisul/scar tadi. akan hilang tanpa perlu guna barang2 krim mahal. cubalah ;)

Ha, kat bawah ni adalah sedikit petikan testimoni dari para isteri yang super rajin sangat jaga kesihatan dalaman menggunakan manjakani.. 



TESTIMONI :


"Anda akan merasa kehangatan bersama suami sehingga sekarang dan saya telah mengalami menopaus 7 bulan yang lalu tapi masih ada ummph... Itu lah keajaiban amalan meminum air rebusan biji manjakani.. selamat mencuba.."

"Habis je pantang, Aduuuushhh, mengalahkan malam pertama saya..."


"Jimat kos x yah beli jamu mahal2...mudah dan murah..brkhasiat dan mantap.."


"Sy dah try cuci alat sulit dgn manjakani + sirih...asalnya sy guna utk melegakan gatal2 di bahagian sulit (pasal malu nak jmpa doktor), sy surf internet utk cari info bg alat sulit yg gatal. Kesan sampingan akibat mencuci dgn air rebusan manjakani + sirih => 3 hari, gatal2 hilang, malah alat sulit bertambah ketat...suami pun hairan + suka...skrg ni nak try minum air rebusan manjakani utk kesihatan dalaman pula"


Ha, best kan? Jom amal sama2.




Nak dapatkan buah manjakani, kapsul atau serbuk  manjakani? 

Whatsapp Dhila 0109227890 ye .. =)


*Dapatkan Lypotox, minuman untuk menurunkan berat badan & kulit yang cantik! Like page fb Lypotox Kurus Gebu. Boleh juga whatsapp Dhila tau untuk dapatkan Lypotox. Ready stock! =)





~ Bertangas ~

Sejak 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika Selatan yang lebih dikenali dengan cara ‘bajos’ dan juga di Korea dipanggil ‘chai yok’. Walaupun sebutan atau gelarannya berbeza namun teknik dan caranya adalah hampir sama iaitu dengan menggunakan gabungan beberapa jenis herba.
Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsinya yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa. Bertangas yang pada kebiasaannya dilakukan selepas bersalin dan haid itu tidak terhad untuk kaum wanita sahaja. Malah, kaum lelaki boleh mencuba rawatan itu untuk proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.
Jika dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.

KHASIAT

Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.

Wanita mengandung adalah ditegah dari melakukan rawatan ini.

Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit. Mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim. Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.

Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang. Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).

Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.

TEMPOH RAWATAN

Tempoh maksimum rawatan bertangas ialah selama 30 minit dan tidak boleh melebihi tempoh tersebut bagi mengelakkan tubuh mengalami masalah kekeringan air.
Namun, sebelum mencubanya, faktor kesihatan perlu diambil kira terutama untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah jantung manakala yang baru mencubanya, masa selama 15 minit sudah mencukupi.
Selepas bertangas, sebaiknya minum segelas air masak untuk menggantikan air yang telah keluar dari badan melului peluh. Dan seeloknya hanya mandi selepas tempoh 15 minit selesai bertangas.

JENIS BERTANGAS

Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Dua kaedah yang biasa diamalkan ialah bertangas kering dan basah. Tangah boleh dilakukan kepada seluruh bahagian tubuh ataupun hanya tertumpu pada bahagian sulit.

1) Bertangas Basah

Bertangas basah menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Wap yang dihasilkan air rebusan inilah yang digunakan untuk bertangas. Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.etika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau 

Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit. Rawatan  juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. KKegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.


Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.
Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.

Ramuan tangas basah:

• 10 keping asam gelugur
• 3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
• 3 helai daun sirih
• 2 sudu besar garam kasar
• Segenggam inai
• 2 cm halia
• Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
• Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba

Caranya :

Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15-30 minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.


2) Bertangas Kering

Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ia menggunakan batu sungai yang dipanaskan. Ramuan tertentu ditumbuk halus dan kemudiannya diletakkan di atas batu sungai yang panas tadi. Wap yang terhasil dari keduanya ini digunakan untuk bertangas. Pengamal kemudiannya duduk diatas kerusi tangas sehingga panas dan wapnya berkurangan.

Ramuan tangas kering:

Tumbuk halus bahan-bahan ini
• 1 sudu besar serbuk manjakani
• 1 sudu besar inai
• 1 sudu besar kunyit hidup
• 1 sudu besar jintan hitam
• 1 sudu besar halba
• 1 sudu besar garam kasar
• ½ cawan perahan limau nipis
• 9 keping asam gelugur

Caranya :

Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sireh dalam periuk/mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan.



*Sumber : manjaqani.blogspot.my

Nak dapatkan buah, serbuk atau kapsul manjakani? PM/Whatsapp 010-9227890 =)

Tuesday 17 November 2015

~ Buasir ~

Assalamualaikum..
Ok, entry hari ni tentang satu penyakit yang sangat ditakuti especially bagi yang hamil. Fuu.. Takut kan? Nak sakit melahirkan lagi, nak tanggung sakit buasir lagi.. Dugaan Allah ..Bila diri sendiri tak kene buasir ni, memang rasa mcm penyakit ni biase, Serius.. Tapi bila kwn2 terdekat mengadu, sakitnya nk duduk, sakitnye dukung anak, dan ade sorang kawan tu, proses bersalin die sgt susah sbb ade bausir..terus terbayang...huii tanakla kene..huhu..Ramai jugak yang whatsapp tanya macamane nk consume manjakani Pure Ground Manjaqani ni untuk membantu masalah buasir. Sebab tu la saya buat sharing sikit ye pasal buasir ni. Moga bermanfaat, =)

BAGAIMANA BUASIR TERJADI?

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.


Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.



Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.


Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.


PUNCA BUASIR
  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
  • Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Bila dah kenal apa itu buasir, rupa2nya buasir ni ada tahap2 nya. Seeloknya kita ubati dari awal la ye, sbb bile dah teruk, susah untuk kite ubati.Di bawah ni ilustrasi tahap buasir;
TAHAP 1 – Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
TAHAP 2 – Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dubur.
TAHAP 3 – Sama seperti tahap 2, tetapi, bengkak tersebut tidak dapat masuk secara sendiri. Dengan kata lain, terpaksa tolak ke dalam dengan menggunakan tangan sendiri.
TAHAP 4 – Bengkak akan berada di luar dubur, darah pekat keluar, terasa sakit atau pedih. Perlu mendapat rawatan buasir segera.

CARA MENGATASI DAN RAWATAN BUASIR

1. Kerap buang air besar

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras
serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.


2. Minum banyak air

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayursayuran dan buah-buahan.

Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.


3. Cuci dengan kerap

Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
RAWATAN BUASIR DENGAN MENGGUNAKAN MANJAKANI ASLI

Ok dekat sini Dhila boleh share satu rawatan alternatif yang boleh digunakan oleh mereka yang terkena buasir. Of course lah dengan menggunakan manjakani asli ^^.

Untuk kecutkan buasir dari dalam, boleh makan kapsul manjakani dan sapu buasir tu dengan serbuk manjakani. InshaAllah boleh kecut dengan cepat. Yang penting istiqamah & minum air yang banyak. 

*Kapsul 60 biji  : RM40
 Serbuk 10g      : RM15
 Serbuk 35g      : RM40
 Buah manjakani 100g : RM15

Selain daripada sapuan manjakani, anda juga boleh lakukan kaedah bertangas, khas untuk kecutkan buasir. Macamane nak bertangas? Klik kat sini ; http://dyllamedesign.blogspot.my/2015/11/bertangas.html


Yang pregnant, x boleh makan tau manjakani, boleh sapu serbuk manjakani sahaja. Tetapi untuk yang pregnant tapi buasir, & nak dapatkan khasiat manjakani, boleh lah consume Qaseh Gold Adinda. Memang sesuai sangat untuk ibu yang pregnant & baby yang dikandung. Nanti Dhila story pasal Qaseh Gold Adinda ok? Atau yang nak tau lebih lanjut boleh terus whatsapp Dhila. 0109227890

Dhila duk di Kemaman Terengganu. Postage ke seluruh Malaysia. 


Untuk Semenanjung (RM7) , Sabah & Sarawak (RM11). Berita baiknya, RM 0.60 dari kos pos Dhila akan salurkan kepada PERKAYA (Persatuan Kebajikan Anak Yatim) Terengganu atau kepada yang memerlukan. 
Semoga dengan sedekah kita akan memberi kemudahan kepada orang lain. =)

Nak order boleh whatsapp Dhila ok? 0109227890




Monday 2 November 2015

~ Mengetatkan Faraj dengan Serbuk Manjakani ~

Ajaibnya buah manjakani!
Buah manjakani mengandungi zat Tannin yang tinggi. Tannin ini bersifat mengetatkan otot faraj dan mengembalikan keanjalan otot yang rosak akibat perubahan hormon, kelahiran anak dan penuaan.
Selain mengamalkan kapsul manjakani, salah satu cara yang biasa diamalkan adalah "Vagina Insert", iaitu memasukkan sedikit serbuk Manjaqani ke dalam faraj.
Cara penyediaannya adalah sangat mudah. Campurkan 1/3 sudu teh serbuk Manjaqani dengan sedikit madu asli atau air. Kemudian gaul dan gentelkan, masukkan ke dalam faraj pada waktu pagi. Amalkan seminggu sekali.
Selain memulihkan otot faraj, cara "Insert" ini boleh membersihkan dalaman rahim, menghilangkan bau dan keputihan.


Masuk pada waktu pagi & cuci vagina petang. Lebih berkesan jika turut mengamalkan 
kapsul setiap hari.
Sebaik2nya kita terus meruang petang tu untuk mencuci lebihan kotoran. Taknak pulak nanti tertinggal2 tau.. Biar yang baik sahaja diserap, yang x perlu, kita buang. =) Untuk meruang, kita refer kat sini :


Selamat mencuba & disayangi suami ya! ;)


Nak dapatkan manjakani asli? Whatsapp Dhila 0109227890