Tuesday 17 November 2015

~ Buasir ~

Assalamualaikum..
Ok, entry hari ni tentang satu penyakit yang sangat ditakuti especially bagi yang hamil. Fuu.. Takut kan? Nak sakit melahirkan lagi, nak tanggung sakit buasir lagi.. Dugaan Allah ..Bila diri sendiri tak kene buasir ni, memang rasa mcm penyakit ni biase, Serius.. Tapi bila kwn2 terdekat mengadu, sakitnya nk duduk, sakitnye dukung anak, dan ade sorang kawan tu, proses bersalin die sgt susah sbb ade bausir..terus terbayang...huii tanakla kene..huhu..Ramai jugak yang whatsapp tanya macamane nk consume manjakani Pure Ground Manjaqani ni untuk membantu masalah buasir. Sebab tu la saya buat sharing sikit ye pasal buasir ni. Moga bermanfaat, =)

BAGAIMANA BUASIR TERJADI?

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.


Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.



Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.


Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.


PUNCA BUASIR
  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
  • Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Bila dah kenal apa itu buasir, rupa2nya buasir ni ada tahap2 nya. Seeloknya kita ubati dari awal la ye, sbb bile dah teruk, susah untuk kite ubati.Di bawah ni ilustrasi tahap buasir;
TAHAP 1 – Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
TAHAP 2 – Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dubur.
TAHAP 3 – Sama seperti tahap 2, tetapi, bengkak tersebut tidak dapat masuk secara sendiri. Dengan kata lain, terpaksa tolak ke dalam dengan menggunakan tangan sendiri.
TAHAP 4 – Bengkak akan berada di luar dubur, darah pekat keluar, terasa sakit atau pedih. Perlu mendapat rawatan buasir segera.

CARA MENGATASI DAN RAWATAN BUASIR

1. Kerap buang air besar

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras
serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.


2. Minum banyak air

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayursayuran dan buah-buahan.

Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.


3. Cuci dengan kerap

Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
RAWATAN BUASIR DENGAN MENGGUNAKAN MANJAKANI ASLI

Ok dekat sini Dhila boleh share satu rawatan alternatif yang boleh digunakan oleh mereka yang terkena buasir. Of course lah dengan menggunakan manjakani asli ^^.

Untuk kecutkan buasir dari dalam, boleh makan kapsul manjakani dan sapu buasir tu dengan serbuk manjakani. InshaAllah boleh kecut dengan cepat. Yang penting istiqamah & minum air yang banyak. 

*Kapsul 60 biji  : RM40
 Serbuk 10g      : RM15
 Serbuk 35g      : RM40
 Buah manjakani 100g : RM15

Selain daripada sapuan manjakani, anda juga boleh lakukan kaedah bertangas, khas untuk kecutkan buasir. Macamane nak bertangas? Klik kat sini ; http://dyllamedesign.blogspot.my/2015/11/bertangas.html


Yang pregnant, x boleh makan tau manjakani, boleh sapu serbuk manjakani sahaja. Tetapi untuk yang pregnant tapi buasir, & nak dapatkan khasiat manjakani, boleh lah consume Qaseh Gold Adinda. Memang sesuai sangat untuk ibu yang pregnant & baby yang dikandung. Nanti Dhila story pasal Qaseh Gold Adinda ok? Atau yang nak tau lebih lanjut boleh terus whatsapp Dhila. 0109227890

Dhila duk di Kemaman Terengganu. Postage ke seluruh Malaysia. 


Untuk Semenanjung (RM7) , Sabah & Sarawak (RM11). Berita baiknya, RM 0.60 dari kos pos Dhila akan salurkan kepada PERKAYA (Persatuan Kebajikan Anak Yatim) Terengganu atau kepada yang memerlukan. 
Semoga dengan sedekah kita akan memberi kemudahan kepada orang lain. =)

Nak order boleh whatsapp Dhila ok? 0109227890




No comments:

Post a Comment