Thursday 28 November 2013

~ 2nd Collection of Dylla's Special ~

As salam & Hai semua,


Hr ni mau update the 2nd batch of Dylla's Special.. Simple design of halfmoon with border.. Sebenarnye sy suka design yg simple2 tapi menarik untuk dipakai.. Jln2 cari lace bagai, terjumpa lace bunga2 & terus terfikir nk jahit dkt selendang... Actually bunga ni tokey tu ckp ade gam kat belakang, so terus gosok dh lekat..tp xkuat gam nye...So menjahit la hambe untuk menghasilkan selendang Halfmoon Seroja ni. Ni gmbrnye, yg digayekan oleh adik sy :


Ok, xpenuh kan bunge nye? sy hanye gune 1m shj lace ni utk kekalkan simplicity of this design..
Sesuai untuk digayekan kat mane2 pn...sbb xover... So itu lah ceritenye..sepatutnye upload lace ni kan, tp da terlupe..uhuk.. So next project adelah berkaitan dgn item ini;



Lace ni akan dipadankan dengan  shawl chiffon utk gaye yg simple, yet gorgeous... Stay tuned yek... Will be with all of you for next project soon! =)

Monday 25 November 2013

~ First Release of Dylla's Special Collection ~

As Salam,

Hari ni adelah hari bersejarah sbb 1st time release Handmade of Beading Arts pd selendang bawal... Selendang jahit manik pearl berbentuk skaf pada ats kepala. Wink2.. Sangat sweet & comel dipakai.. Ni gmbarnye :


Story sikit psl selendang ni, manik2 pearl ni dijahit ats tudung bawal kangaroo yg budak2 mude suke pakai tu... N bunga ats kepala tu dijahit sendiri gune lebihan kain chiffon.. Penuh kasih sayang gtu jahitannye...Huhu.

Selendang ni dijual pada harga RM20 pd yang berminat... Feedback juge dialu2 kan.... Selamat bergaya dgn Dylla's Special Collection. InshaAllah dalam mase terdekat akan kuar lg design2 yg lain. Tq!

Saturday 23 November 2013

~ Shawl, Veil & Outfit Beading ~

As Salam,

Today is my bff's wedding day... Am happy for her & hopefully they'll be happy till Jannah.. =')
Yang menariknya hari ni , Masjid Bukit Kuang sangat la meriah ok...Penuh org sbb ade 3 pasangan yg dinikahkan sekaligus.. 1st time tgk..huhu...Ingat ade dlm paper je.. Mcm ni ha gayenye 3 pasangan tu;




Ini mse nk mtk2 kebenaran semue tu la..bile time nk akad tu dh dkt la ckit jrknye...Dh bakal2 suami ni pemimpin isteri, mestila isteri kat belakang kan... Tok kadi kate jgn tertukar platform nye pulok, nanti tertukar isterii...huhuhu... 




Menarik2..hehe...ape pun sbnrnye nk update pasal shawl & veil yg kwn pakai tu...sy yg jhit & dgn banggenye tgk hasilnye hari ni.. wink2~ Ingat lagi post hari tu yg buat black and white lps dh siap jahit tu? Ini linknya, http://dyllamedesign.blogspot.com/2013/09/my-1st-diy-for-my-besties.html 

Dan..tadaa,,.. ni lah hasilnye.;




And the detailing;






Satisfied. Hehe..sape2 nk order, dialu2kan.. ^^


Have a nice day everyone!


Wednesday 20 November 2013

~ Bawal for Sale,Tudung ok, Bukan Ikan =p ~

As salam,

Ok hari ni pnye entri adalh entri tudung bawal yang cantik.. Berikut adalh details nye:


                       
                                                           bawal leopard paisley
                                                      corak & warna2 menarik
                                                 Harga : RM15 excluding postage



                                                         Bawal sakura yg sgt sweet

                                                            border ribbon satin
                                                  Harga : RM20 excluding postage

Untuk yg beli lbh dr sehelai, ad diskaun tau.. Like my fb page : dylla's boutique pm or whatsapp at 0179882330... Don't worry, sy sgt baik =p hihi.  Come & shop with us! Lps ni akn upload lg gmbr2 shawl yg lain. =D

Sunday 3 November 2013

~ Sebab2 Keguguran =,= ~

As Salam & Haiii peeps...

dh lame xpost ape2...now recovering, physically and emotionally from miscarriage hr tu..sob3... td terbace sebab2 keguguran dlm page di fb so....terase nk share...utk kite bersame kan...finally, betulla ade penyebabnye, sy ade tiroid..sob2...somehow, sgt trauma...tkut akan berulang lg... ='(  I will find ways to recover.... Help me Dear Allah.... kat bwh ni antara sbb2nye...owh yg bakal2 ibu, i found out that page di fb "info kehamilan & bayi" is very2 helpful...credit to this page also i found out this article.. Silelah singgah & bace ye.. =)


8 Sebab Mengapa Anda Gugur



Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif. 


Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.

Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.

Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran.


1. Kromosom yang tidak normal




Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu 
dan satu set dari bapa. 

Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran. 

Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan

Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan. 


2. Kecacatan pada sistem peranakan




Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil "cervical incompetence" juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang

Apa yang boleh anda lakukan

Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.


3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan




Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

Apa yang boleh anda lakukan

Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.


4. Masalah Immunologi




Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan

Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda. 


5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal 




Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan

Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat. 


6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)




Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan

Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Apa yang anda perlu lakukan

Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.

Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.


8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam 

    Sekitar)


Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. 

Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Apa yang anda perlu lakukan

Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Tanda-Tanda Keguguran


Pada awal kehamilan, anda mungkin kerap mengalami kejang pada perut dan rasa tidak selesa, ia selalunya normal tetapi jika ia disertai dengan pendarahan faraj yang banyak, anda mungkin mengalami keguguran. Doktor anda mungkin akan memeriksa faraj anda dan ujian Ultra Sound mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah janin masih hidup. 

Sekiranya pasti tidak ada degupan dan sisa keguguran masih banyak tertinggal, doktor anda mungkin akan menyarankan prosedur yang dipanggil D&C untuk memastikan tiada risiko jangkitan kuman pada rahim anda.