Friday 30 October 2015

~ Kebersihan dan Kesihatan Miss V, JANGAN AMBIL MUDAH! ~

Kesihatan vagina sangatlah penting. Vagina yang sihat dan bersih ialah dengan pH 3.5, dimana dalam situasi ini, bakteria baik yang ada di dalam vagina mampu membersihkan vagina secara optimum sehingga keseimbangan kelembapan di vagina selalu terjaga. Masalah yang sering dialami ialah seperti rasa gatal, muncul bintik-bintik seperti jerawat, keluarnya cairan keputihan (tidak normal atau berlebihan) atau infeksi vagina ialah disebabkan karena kebersihan dan kelembapan vagina yang sedang terganggu, salah satunya adalah di saat sedang mengalami menstruasi dan keputihan.

Selain itu, kebersihan vagina sangat penting selepas bersalin, sebab selepas je bersalin, memang pastinya banyak sangat bezenya sebelum bersalin. Bagi yang dah bersalin semestinya tahu kan macamane bezanya?

Kenapa kebersihan Miss V sangat penting?

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kebersihan Miss V, terutamanya setiap kali habis tempoh berpantang untuk

1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.

2.  Mencegah dari keputihan

3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.

4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.

5. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi. 



Tapi! Bukan yang dah kahwin/berpantang saja ya kena jaga kebersihan ni. Miss2, anak dara pun kena jaga ya. Ingat, nak solat dan beribadat, kita WAJIB SUCI.

Untuk menjaga kebersihan vagina ni, salah satu yang kita boleh buat ialah kaedah meruang. Ha, pernah dengar tak kaedah meruang ni? Ok kat sini sy share ye apa itu meruang dan macamane nk buatnye.. Mule2 memang rasa x selesa & takut nk buat. Tapi, buatlah ye, sebab lepas tu rasa bersih sangat2, dan rasa 'ringan' je. =) Lagipun. kita kan kena betul2 bersih untuk bersolat. Kan? Dan meruang ni jugak boleh kita cek sendiri keadaan miss V kita ni memuaskan suami atau tak. Ok meh kita baca lagi detail.



Bilakah rawatan meruang dilakukan?

1. Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersama suami. 

2. Selepas penggunaan manjakani  melalui insert. (Insert ialah teknik memasukkan bebola manjakani yang diperbuat dari serbuk manjakani ke dalam Miss V. Macamane nak buat  ya? Ha, klik kat link bawah ni;

http://dyllamedesign.blogspot.my/2015/11/mengetatkan-faraj-dengan-serbuk.html


CARA MERUANG.


1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Pastikan benar2 bersih ya!. 






2. Pilih posisi yang paling anda rasa selesa. Posisi 1, 2 atau 3.

3. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha , perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja. Jangan berlebih karang pecah dara pulak

4. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani. 


Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.


5. Selepas dikorek.....bilas sehingga bersih.


Dan bagi yang nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dan lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Dekat sini, kita boleh bilas dengan air rebusan manjakani, pun boleh. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.


Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat.



Untuk meruang ni jugak, kita boleh gunakan manjakani. Macamana ya?Ha. Untuk bilasan terakhir tu, kita gunakan air rebusan buah manjakani. Nak guna serbuk pun boleh. Lagi bersih dan mantap gitu. =)



*Nak order manjakani asli tanpa campuran? Macam biasalah, whatsapp je Dhila kat no 010-9227890..Tau tau! =)

*Sumber dari Google

1 comment: