Monday 21 September 2015

~ Nikmat Memberi ~


smile emoticon


----------------------------------
Baru2 ini sy belajar beberapa perkara tentang MUDAHNYA MEMBERI.

Semasa Ramadhan, sy terbaca satu artikel tentang hamba Allah membayar dahulu kuih & mengamanahkan kepada peniaga untuk memberi kuih tersebut kepada sesiapa sahaja yg memerlukannya untuk berbuka puasa. Tetapi baru2 ini sy saksikan sendiri bagaimana seorang customer mempraktikkan amalan memberi.

Saudara ni membeli barang & ada baki duitnya. Kebetulan ada 3 orang budak2 yg membeli gula2 di kaunter.
"Nah adik. Ambiklah duit lebih ni buat beli gula2..beli je ape2 pun." 
Senyum budak2 tu tak dapat sy gambarkan. Seronok sgt.

"Baiknye abang tu belanje kite.." kata si kakak.
MUDAHNYA..
Tidak lama selepas itu, ada seorang sahabat lama hubungi sy. Nak order barang. Untuk Raya Haji katanya. Tapi dia x nak barang tu. Katanya barang tu, mu tolong bagikan2 pada org susah.
Dahlah dia yg memberi, dia heret sy sekali dapat pahala sebab tolong hantarkan pada yg susah.
MUDAHNYA... Kan?
Tapi hebatnya kuasa MEMBERI ni kadang2 kita tak perasan. Tapi pernah sy niatkan nk bersedekah untuk 1 barang yg tertinggal di rumah saudara. Tiba2 je ada yg nak membeli dgn saya. Pernah sy niatkan nk bagi je mak satu barang, tapi barang tu sendiri di rumah sy pun dah habis. Tiba2 ada jugak yg contact sy nk beli barang.
Hebatnya kuasa MEMBERI.
Sama-samalah kita ni memberi & bersyukur dengan setiap apa yg kita ada. Kita asyik MENERIMA NIKMAT ALLAH, tetapi kita kurang memberi. Kita mungkin susah, tapi percayalah. Ada yg lagi susah. Sama2 kita MEMBERI. InshaAllah. Rezeki bertambah & diberkati. Amin. Wallahua'lam.

P.S: Istimewa buat pelanggan Manjaqani & Qaseh melalui Pos, dgn setiap pembelian, RM0.60 akan disalurkan kepada PERKAYA Kemaman. ^^ Sedikit2 lama2 jd bukit.
Selamat membeli & memberi

Nak order manjakani asli & produk Qaseh Gold? Whatsapp dhila 0109227890

Dhila consult anda.. Terima Qaseh ^^

No comments:

Post a Comment